Sunday, November 22, 2009

Terjadinya Kiamat pada 2012?

salam...

ni ha antara yang kerap diperbincangkan akhir2 ni sehinggalah di sebelah barat nu sampai terhasil sebuah filem karya sapa ntah yang mengisahkan tentang saat2 kehancuran bumi kita ini...

jadi edisi kali ni akan menceritakan tentang asal usul rahsia tarikh 21 disember 2012 ni..jangan percaya la sangat k apa yang diperbincangkan ini kerana semua yang akan terjadi kelak adalah urusan yang maha Esa..ini hanya sekadar knowledge untuk kita bersama.




Bangsa maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di amerika selatan. Maya terkenal dengan piramidnya dan juga peninggalan-peninggaln yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi yang dari itu terhasillah kalendar maya yang penuh misteri ini. Kalendar ini dikatakan kalendar yang paling tepat yang pernah ada dibumi sampai sekarang.

Pada sistem haribulan di dalam kalendar maya ini, para pengkaji telah menemui satu perkara yang aneh di mana kalendar ini berakhir pada tarikh 21 disember 2012 masehi. Kalendar ini bermula pada tahun 3113 sebelum masehi dimana kaum maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabun

Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan satu hari.19 kin atau 19 hari bersamaan dengan 1 uinal.359 hari = 1 tun.7200 hari = 1 katun.144 002 hari = 1 baktun.1, 872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 epoch kejadian). 2,880,025 hari = 1 piktun dan 57,600,025 hari = 1 kalabun.

Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan.

Kalendar kaum maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau ahli nujum. Dua kodex yang terkenal ialah kodex tro cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar maya memang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa.

Bangsa maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 september 3113 sebelum masehi yang digelar “Era Maya”. Tahukah anda bahawa kaum maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch kejadian (Kejadian yang mencetuskan kejadian) adalah satu hari dimana “alam ini diperbaharui” yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak, tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu petanda buruk atau kecelakaan yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliakel rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.

Satu Epoch kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun maya bermula dari 20 september 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 disember 2012 M Gregorian! Bangsa maya dikatakan telah menyatakan pada tahun 2012, tepatnya tanggal 21 disember 2012 merupakan “End Of Time”. Maksud dari “End Of Time” itu sendiri masih diperdebatkan oleh para ilmuan dan ahli arkeologi. Jangan pula anda menggangap ini adalah tarikh berlakunya kiamat, masih terlalu awal untuk membuat andaian, masih banyak lagi rahsia yang perlu digali dan ditafsir dari kalendar maya ini.

Ada yang menyatakan bahawa maksudnya adalah :

1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar)

2. Peralihan dari zaman Pisces ke Aquarius\

3. Peralihan dari Abad Perak ke Abad Keemasan

4. End Of Times (berlakunya pemusnahan bumi)

5. Akan ada sebuah gelombang galaktik yang besar yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia

6. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4 bahkan 5

7. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3 ke 4, DNA manusia meningkat dari tahap 2 ke 12, sehingga manusia dapat menggunakan telepati bahkan telekinesis

8. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa

9. Ada yang menyatakan waktu sudah tidak akan berlaku, jadi waktu tidak linear, tetapi bisa berubah2, sesuai dengan waktu yang kita alami, kerana ditemukannya mesin waktu

10. Ditemukannya mesin waktu dan gerbang kayangan

11. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaksi lain, melalui gerbang kayangan

12. Bangkitnya Imam Mahdi, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran

13. Kebangkitan Isa AS

14. Hubungan pertama kali peradaban manusia dengan makhluk asing

15. Manusia bergabung dengan komuniti antara galaksi pertama kali.